Monday 16 July 2012

Laporan program kebajikan semarak ramadhan IRM - IKRAM Barat Daya

Assalamualaikum semua pembaca Ikram Youth Penang,

Alhamdulillah program semarak ramadhan anjuarn IRM dengan kerjasama IKRAM Barat Daya dan Kadun Pulau Betong berjaya menyampaikan bantuan kepada golongan fakir miskin yang memerlukan.

JKKK Pulau Burung mengalu alukan kedatangan anggota konvoi

bantuan konvoi sebahagian dihantar menggunakan lori

Alhamdulillah gembira melihat para penerima membawa pulang bantuan

Pek sumbangan yang berisi sumbangan barang keperluan harian bernilai RM 50 setiap satu disampaikan. CEO IRM Malaysia iaitu Hj Zairul. Wakil IRM lain yang turut hadir bersama beliau ialah saudara Halim. YDP Ikram Barat Daya, Hj Abdul Latif Muhammad turut bersama sama menjayakan konvoi kebajikan ini.

wakil wakil IRM , IKRAM dan Penyelaras Kadun Hj Muhammad Tuah


Seramai kira kira 10 orang peserta konvoi yang mewakili pelajar pelajar dan golongan kerja membantu meyampaikan bantuan.

relawan ikram yang sedia membantu

Bantuan disampaikan secara berperingkat peringkat bermula di kawasan Sungai Burung. Seterusnya konvoi kebajikan ini bergerak ke kawasan titi teras dan titi serong untuk menyampaikan bantuan secara terus.



bantuan terus ke rumah fakir miskin

Saudara Zairul menerangkan tentang bantuan yang disampaikan
rumah yang menanti rebah menjadi tempat berteduh mereka yang kurang bernasib baik

bantuan disampaikan dengan telus dan ikhlas

bersama sama mendoakan agar Allah membantu meringankan beban hamba hambaNya

Konvoi berhenti sebentar untuk makan tengah hari di Restoran Peladang dan solat zohor di Masjid Daerah Balik Pulau.

Seterusnya konvoi bergerak lagi ke Flat Hijau, Genting untuk menyampaikan bantuan kepada yang memerlukan di sana.

bersama para penerima di Flat Hijau

relawan menghantar bantuan ke rumah penerima

Destinasi terakhir bantuan
Destinasi terakhir bantuan ialah di Kampung Pulau Betong dengan kerjasama Penghulu Pulau Betong.

Penghulu Kampung memeriksa senarai penerima bantuan
Alhamdulillah, bantuan dapat diagihkan 

Alhamdulillah, rasa syukur kepada Allah kerana konvoi kebajikan kali ini berjalan dengan lancar. Semoga para ahli konvoi mendapat banyak pengalaman dalam aktiviti kali ini. Program kali ini berjalan selama lebih kurang 12 jam bermula jam 8 pagi sehingga jam 7 petang.

Ucapan terimakasih

Terimakasih kepada IRM dan JKKK Kawasan Pulau Betong. Terima kasih juga pada Penyelaras Kadun Pulau Betong, Hj Muhammad Tuah Ismail kerana menyelaraskan agihan dan tempat untuk konvoi berhenti.

Terimakasih juga pada semua warga kerja IKRAM yang bertungkus lumus sejak dua minggu yang lalu untuk  merancang aktiviti yang amat bermakna ini.

bersama sama kita hayati pesanan Rasulullah, moga Ramadhan kali ini menjadi ramadhan yang menyucikan hati nurani dan memberi keinsafan kepada kita.

“Sesiapa saja yang berpuasa pada Ramadan dengan penuh iman dan menghisab diri sendiri akan diampunkan dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat Imam Muslim).

InsyaAllah banyak aktiviti lagi akan dianjurkan berunsur kebajikan dan tarbiah akan dianjurkan. Bagi yang berminat untuk turut serta bolehlah menghubungi IkramYouthPenang di fb kami.

pautan:
fbpage: ikramyouthpenang
http://irmblog.org/
http://islamic-relief.org.my/
http://www.epondok.com.my/index.php?p=arkibkupasan/kupasan039.php

No comments:

Post a Comment