Monday 26 November 2012

Laporan seminar kewangan 24 November 2012

Alhamdulillah program seminar kewangan yang dirancang berjalan dengan baik. Program ini adalah anjuran IKRAM dan Pertubuhan Pemuda GEMA Pulau Pinang.

Pertubuhan Pemuda GEMA adalah pertubuhan belia yang baru ditubuhkan dan mensasarkan aktiviti belia tidak mengira bangsa dan agama.

Kira kira 20 orang hadir ke seminar kewangan kali ini.

Antara tips perancangan kewangan ialah mengenal pasti sasaran kewangan yang ingin dicapai. Penceramah memberi penerangan asas asas Islam dalam merancang kewangan.



saudara Hamdy memberi penerangan

Antara perkongsian lain.

Asas asas rezeki
Mohon daripada Allah SWT. Jangan lupakan solat sunat Dhuha.
Pasangkan niat, berusaha, dan mohon Allah permudahkan urusan.

1. Hutang: senang diberi, payah mendapat balik.
2. Hendak beli kereta baru atau lama? Di syorkan pinjaman kenderaan dalam tempoh 5 tahun sahaja.
3. Tips membeli rumah utntuk pelaburan
4. Sasarkan simpanan sebanyak 10 peratus daripada pendapatan.
5. Bina simpanan dalam 6 bulan perbelanjaan bulanan.
6. Ambil takaful
7. Pilih sewa beli islam supaya mendapat redha Allah.
8 Rancang wasiat
9. Pelaburan emas, beli dari syarikat yang berdaftar
10. Selalu kemas kini resume kerja setiap enam bulan untuk pastikan anda sentiasa terkini dan tidak melakukan kerja yang sama sahaja.
11. Rancang berapakah sasaran pendapatan anda dalm 10 tahun lagi. Lakukan usaha kearah itu.


antara peserta yang hadir

tahniah kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini


Tuesday 20 November 2012

seminar perancangan kewangan 24 November 2012


1.       Perancangan Kewangan
Tempat: USM Transkrian
Masa: 8.30 pagi – 2 petang ( Sabtu 24 November )
Penceramah: Saudara Hamdy ( Perunding Hartanah, Penulis buku rancang hidup rancang wang)
Yuran: RM 10

Jom sertai, jangan lepaskan peluang ini untuk merancang kehidupan dan wang anda