Wednesday 19 December 2012

tangisan gaza dan laungan syria: 22 Disember 2012


Jom sertai program menarik ini bagi membantu Gaza dan Syria.

Tempat: Padang Kota Lama
Masa: 2 petang sehingga 9 mlm
Tarikh: 22 Disember 2012 ( Sabtu )

Jangan lepaskan peluang mendengar perkongsian misi kemanusian ke Gaza daripada Duta Aqsa Syarif, tidak lain tidak bukan Afdlin Shauki :)

Monday 26 November 2012

Laporan seminar kewangan 24 November 2012

Alhamdulillah program seminar kewangan yang dirancang berjalan dengan baik. Program ini adalah anjuran IKRAM dan Pertubuhan Pemuda GEMA Pulau Pinang.

Pertubuhan Pemuda GEMA adalah pertubuhan belia yang baru ditubuhkan dan mensasarkan aktiviti belia tidak mengira bangsa dan agama.

Kira kira 20 orang hadir ke seminar kewangan kali ini.

Antara tips perancangan kewangan ialah mengenal pasti sasaran kewangan yang ingin dicapai. Penceramah memberi penerangan asas asas Islam dalam merancang kewangan.



saudara Hamdy memberi penerangan

Antara perkongsian lain.

Asas asas rezeki
Mohon daripada Allah SWT. Jangan lupakan solat sunat Dhuha.
Pasangkan niat, berusaha, dan mohon Allah permudahkan urusan.

1. Hutang: senang diberi, payah mendapat balik.
2. Hendak beli kereta baru atau lama? Di syorkan pinjaman kenderaan dalam tempoh 5 tahun sahaja.
3. Tips membeli rumah utntuk pelaburan
4. Sasarkan simpanan sebanyak 10 peratus daripada pendapatan.
5. Bina simpanan dalam 6 bulan perbelanjaan bulanan.
6. Ambil takaful
7. Pilih sewa beli islam supaya mendapat redha Allah.
8 Rancang wasiat
9. Pelaburan emas, beli dari syarikat yang berdaftar
10. Selalu kemas kini resume kerja setiap enam bulan untuk pastikan anda sentiasa terkini dan tidak melakukan kerja yang sama sahaja.
11. Rancang berapakah sasaran pendapatan anda dalm 10 tahun lagi. Lakukan usaha kearah itu.


antara peserta yang hadir

tahniah kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini


Tuesday 20 November 2012

seminar perancangan kewangan 24 November 2012


1.       Perancangan Kewangan
Tempat: USM Transkrian
Masa: 8.30 pagi – 2 petang ( Sabtu 24 November )
Penceramah: Saudara Hamdy ( Perunding Hartanah, Penulis buku rancang hidup rancang wang)
Yuran: RM 10

Jom sertai, jangan lepaskan peluang ini untuk merancang kehidupan dan wang anda




Wednesday 25 July 2012

Al Quran Terjemahan Edisi Istimewa: Aqsa Syarif

Assalamualaikum,


Al quran terjemahan Edisi Istimewa, Aqsa Syarif, dalam bentuk hard cover dan diari, saiz kecil,
boleh didapati sekarang.


harga hard cover: RM 38 ( dalam stok 1 unit )
harga jenis diari: RM 48 ( dalam stok 4 unit )




alquran terjemahan kecil yang boleh dijadikan hadiah kepada anak anak dan rakan rakan






bagi yang berminat boleh menghubungi Zabri: 019 545 9356. Jualan ini adalah sebahagian daripada usaha mengumpul dana untuk projek Aqsa Syarif di Gaza.


  

Saturday 21 July 2012

Laporan hari pertama edaran berbuka puasa Ikram Barat Daya

Assalamualaikum,



disertakan laporan bergambar edaran juadah berbuka puasa percuma hari pertama, 21 Julai 2012. Terima kasih kepada Penyelaras kadun Pulau Betong, Hj Mohd Tuah Ismail atas kerjasama untuk menyampaikan juadah berbuka. Semoga masyarakat dapat memupuk amalan mulia di sepanjang bulan ramadhan seperti bersedekah dan memberi makan orang yang berpuasa.


YDP dan TYPD serta relawan IKRAM membantu kerja pembungkusan makanan

Pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat

orang ramai beratur untuk mendapatkan juadah berbuka percuma

Alhamdulillah, juadah habis


Turut diedarkan bersama ialah risalah brosur Iftar Perdana Hidayah Center.


Kumpulan relawan terdiri daripada Ikram Teens Barat Daya, Ammar, Pemuda Ikram disamping penduduk dan Kadun Pulau Betong.


InsyaAllah akan diedarkan juga risalah ramadhan, ringkasan perutusan oleh Presiden Ikram, Ustaz Dr Mohd Parid bin Sheikh Ahmad sempena ramadhan tahun ini 1433H

.....Sesiapa yang menyediakan majlis berbuka puasa kepada seseorang yang berpuasa, ia akan mengampuni dosanya dan membebaskan dirinya daripada api neraka dan baginya ganjaran pahala saperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa kurang.
Lalu mereka berkata: bukan semua kami berupaya menyediakan jamuan orang yang berbuka puasa. Lalu Rasulullah (Sallallhu Alaihi Wasallam)menjawab: Allah akan memberikan ganjaran yang sama ke atas sesiapa sahaja yang memberikan sebutir tamar untuk seorang yang berpuasa membuka puasanya dengannya atau  menerusi seteguk air minuman atau sesudu susu....

InsyaAllah, juadah berbuka percuma akan diedarkan setiap hari sabtu dan ahad sepanjang ramadhan tahun ini. Bersama sama kita semarakkan suasana muhibbah dan amal kebajikan sepanjang bulan yang mulia ini.

Monday 16 July 2012

Laporan program kebajikan semarak ramadhan IRM - IKRAM Barat Daya

Assalamualaikum semua pembaca Ikram Youth Penang,

Alhamdulillah program semarak ramadhan anjuarn IRM dengan kerjasama IKRAM Barat Daya dan Kadun Pulau Betong berjaya menyampaikan bantuan kepada golongan fakir miskin yang memerlukan.

JKKK Pulau Burung mengalu alukan kedatangan anggota konvoi

bantuan konvoi sebahagian dihantar menggunakan lori

Alhamdulillah gembira melihat para penerima membawa pulang bantuan

Pek sumbangan yang berisi sumbangan barang keperluan harian bernilai RM 50 setiap satu disampaikan. CEO IRM Malaysia iaitu Hj Zairul. Wakil IRM lain yang turut hadir bersama beliau ialah saudara Halim. YDP Ikram Barat Daya, Hj Abdul Latif Muhammad turut bersama sama menjayakan konvoi kebajikan ini.

wakil wakil IRM , IKRAM dan Penyelaras Kadun Hj Muhammad Tuah


Seramai kira kira 10 orang peserta konvoi yang mewakili pelajar pelajar dan golongan kerja membantu meyampaikan bantuan.

relawan ikram yang sedia membantu

Bantuan disampaikan secara berperingkat peringkat bermula di kawasan Sungai Burung. Seterusnya konvoi kebajikan ini bergerak ke kawasan titi teras dan titi serong untuk menyampaikan bantuan secara terus.



bantuan terus ke rumah fakir miskin

Saudara Zairul menerangkan tentang bantuan yang disampaikan
rumah yang menanti rebah menjadi tempat berteduh mereka yang kurang bernasib baik

bantuan disampaikan dengan telus dan ikhlas

bersama sama mendoakan agar Allah membantu meringankan beban hamba hambaNya

Konvoi berhenti sebentar untuk makan tengah hari di Restoran Peladang dan solat zohor di Masjid Daerah Balik Pulau.

Seterusnya konvoi bergerak lagi ke Flat Hijau, Genting untuk menyampaikan bantuan kepada yang memerlukan di sana.

bersama para penerima di Flat Hijau

relawan menghantar bantuan ke rumah penerima

Destinasi terakhir bantuan
Destinasi terakhir bantuan ialah di Kampung Pulau Betong dengan kerjasama Penghulu Pulau Betong.

Penghulu Kampung memeriksa senarai penerima bantuan
Alhamdulillah, bantuan dapat diagihkan 

Alhamdulillah, rasa syukur kepada Allah kerana konvoi kebajikan kali ini berjalan dengan lancar. Semoga para ahli konvoi mendapat banyak pengalaman dalam aktiviti kali ini. Program kali ini berjalan selama lebih kurang 12 jam bermula jam 8 pagi sehingga jam 7 petang.

Ucapan terimakasih

Terimakasih kepada IRM dan JKKK Kawasan Pulau Betong. Terima kasih juga pada Penyelaras Kadun Pulau Betong, Hj Muhammad Tuah Ismail kerana menyelaraskan agihan dan tempat untuk konvoi berhenti.

Terimakasih juga pada semua warga kerja IKRAM yang bertungkus lumus sejak dua minggu yang lalu untuk  merancang aktiviti yang amat bermakna ini.

bersama sama kita hayati pesanan Rasulullah, moga Ramadhan kali ini menjadi ramadhan yang menyucikan hati nurani dan memberi keinsafan kepada kita.

“Sesiapa saja yang berpuasa pada Ramadan dengan penuh iman dan menghisab diri sendiri akan diampunkan dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat Imam Muslim).

InsyaAllah banyak aktiviti lagi akan dianjurkan berunsur kebajikan dan tarbiah akan dianjurkan. Bagi yang berminat untuk turut serta bolehlah menghubungi IkramYouthPenang di fb kami.

pautan:
fbpage: ikramyouthpenang
http://irmblog.org/
http://islamic-relief.org.my/
http://www.epondok.com.my/index.php?p=arkibkupasan/kupasan039.php

Friday 13 July 2012

Persediaan Konvoi kebajikan IKRAM IRM 15 Julai

Assalamualaikum,


Hebahan konvoi kebajikan IRM-IKRAM ke Balik Pulau pra ramadhan,

Bantuan kepada fakir miskin balik pulau, sebanyak lebih kurang 130 kotak barang keperluan harian,
Sebanyak 300 kotak sudah tiba hari ahad lepas jam 11 malam di pejabat IKRAM Sg Nibong, utk edaran daerah timur laut dan barat daya,

Tarikh: 15 Julai 2012 ( Ahad )
Masa berkumpul: 8.00 pagi di Masjid Al Huda Sg Ara,
Dijangka tamat jam 6.30 petang, ( maklumat terbaru ) peserta boleh bersurai selepas zohor yang ingin balik awal
InsyaAllah baju tshirt disediakan 30 helai, 
Kemungkinan akan ada majlis penyampaian bantuan dengan bantuan JKKK/ Kadun Balik Pulau,

Berminat: email zab penyertaan, mdzabri@gmail.com, atau telefon: 019 545 9356, boleh disertai seisi keluarga

Sedikit gambar persediaan barang barang yang akan diserah kepada mereka yang memerlukan hari ahad ini. Bantuan sukarelawan untuk mengangkat barang barang ini amat diperlukan.

Jom sama sama membantu,

lebih 300 kotak untuk diedarkan

insyaAllah akan diedarkan kotak yang mengandungi beras, biskut dan barang keperluan lain

sebahagian lagi barang barang di Hidayah Center Sungai Nibong

Thursday 21 June 2012

Perjumpaan IKRAM Penang peringkat Timur Laut & Barat Daya 19 Jun 2012

Perjumpaan kepimpinan IKRAM Pulau Pinang dengan ahli ahli IKRAM yang tinggal di Pulau Pinang,

Perjumpaan bertujuan memperkenalkan barisan pimpinan baru tahun 2012 IKRAM Pulau Pinang kepada ahli IKRAM Timur Laut dan Barat Daya. Acara diadakan secara santai di Restoran Ikan Bakar Teluk Tempoyak.

Antara program ialah kenduri pulut durian, sesi tazkirah oleh Dr Roslan, serta makan malam

Alhamdulillah acara mendapat sambutan yang menggalakkan termasuk daripada ahli ahli baru IKRAM.

Ramai ahli baru yang hadir dan perjumpaan ini menjadi sesi perkenalan dan beramah mesra dikalangan ahli ahli IKRAM. Tahniah kepada IKRAM  atas penganjuran yang merapatkan lagi ukhuwwah didalam keluarga besar IKRAM.

Program berakhir dengan sesi tazkirah oleh Dr Danial. InsyaAllah kita nantikan program terbaru Dr Danial mengenai Al Quran dalam masa terdekat ini.

Ydp Ir Jamaluddin menyampaikan ucapan


suasana tepi pantai teluk tempoyak











Saudara Azhar dari IKRAM Teens

Ydp IKRAM Penang memperkenalkan barisan kepimpinan

antara ahli yang hadir pada kemuncak program



brother Asyraf, Kak Nor dan anak
beramah mesra Media IKRAM
sesi bergambar penghujung program
Hj Atan (tengah) bersama ahli IKRAM yang bertugas sebagai guru

Brother Mikail bersama anak 


Rakan dari usrah GBS

Laksa antara menu perjumpaan ini