Wednesday 16 March 2011

Program Imarah Masjid


Alhamdulillah, Pertubuhan IKRAM Pulau Pinang akhirnya berjaya melaksanakan Program Imarah Masjid di Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau pada 11 hingga 13 Mac 2011 yang lepas. Kehadiran peserta seramai 120 orang dari pelbagai peringkat, pelbagai umur dan pelbagai latarbelakang. Antara sekolah/IPT yang turut serta adalah Sekolah Itqan, PMC, UiTM Permatang Pauh dan lain-lain. Program bermula seawal 10.30pm pada Jumaat, tazkirah oleh Ustaz Rozee dan Penerangan Iktikaf oleh Mas'ul Program iaitu Hj. Mohd Tuah.


Isi program antaranya Kuliah Tafsir Nabi Sulaiman dan Nabi Daud yang disampaikan oleh Ustaz Fahmi. Pada petang sabtu pula,ada riadhah yang dikendalikan oleh Cikgu Rusli Gayung. Naik mengah juga kerna dah lama tidak bersenaman begitu. Adik-adik yang muda pun sampai terbatuk-batuk.hehe 


Program selesai pada jam 12.30pm, hari ahad. Peserta saling bersalaman dan berpelukan ukhuwwah. Moga bertemu lagi program sebegini di bulan Ramadhan nanti. Insya-Allah~

Tuesday 8 March 2011

Assalamualaikum.. posting pertama~

Assalamualaikum posting pertama ikram youth penang,

Ukhuwwah Teras Kegemilangan

Teruskan perjuangan ini