Thursday 21 June 2012

Perjumpaan IKRAM Penang peringkat Timur Laut & Barat Daya 19 Jun 2012

Perjumpaan kepimpinan IKRAM Pulau Pinang dengan ahli ahli IKRAM yang tinggal di Pulau Pinang,

Perjumpaan bertujuan memperkenalkan barisan pimpinan baru tahun 2012 IKRAM Pulau Pinang kepada ahli IKRAM Timur Laut dan Barat Daya. Acara diadakan secara santai di Restoran Ikan Bakar Teluk Tempoyak.

Antara program ialah kenduri pulut durian, sesi tazkirah oleh Dr Roslan, serta makan malam

Alhamdulillah acara mendapat sambutan yang menggalakkan termasuk daripada ahli ahli baru IKRAM.

Ramai ahli baru yang hadir dan perjumpaan ini menjadi sesi perkenalan dan beramah mesra dikalangan ahli ahli IKRAM. Tahniah kepada IKRAM  atas penganjuran yang merapatkan lagi ukhuwwah didalam keluarga besar IKRAM.

Program berakhir dengan sesi tazkirah oleh Dr Danial. InsyaAllah kita nantikan program terbaru Dr Danial mengenai Al Quran dalam masa terdekat ini.

Ydp Ir Jamaluddin menyampaikan ucapan


suasana tepi pantai teluk tempoyak











Saudara Azhar dari IKRAM Teens

Ydp IKRAM Penang memperkenalkan barisan kepimpinan

antara ahli yang hadir pada kemuncak program



brother Asyraf, Kak Nor dan anak
beramah mesra Media IKRAM
sesi bergambar penghujung program
Hj Atan (tengah) bersama ahli IKRAM yang bertugas sebagai guru

Brother Mikail bersama anak 


Rakan dari usrah GBS

Laksa antara menu perjumpaan ini

Sunday 10 June 2012

Bengkel video di Kuala Lumpur, 9 Jun 2012

Assalamualaikum semua,

satu bengkel video telah diadakan di Kuala Lumpur. Bengkel menggunakan program sony vegas trial version yang dibimbing oleh pakar pakar Media IKRAM. Bengkel bermula dengan tips tips untuk menghasilkan video yang baik. Pada sesi petang, praktikal menggunakan program Sony Vegas diadakan. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan video montaj berdasarkan tajuk tajuk yang diberi.

Wakil dari Penang ialah akhi Shahidan, Suhaimi, Imran Idris dan Zabri.

Media Sukses Penang dan Perak berganding bahu menghasilkan video
sambil dibimbing  Prof Dr Hishamuddin Alham ( kiri )

pasukan melakukan rendering video terakhir 

Alhamdulillah pasukan Penang dan Perak berjaya
menghasil satu video bertajuh TIRIIS yang  memikat hati juri

Bergambar dengan pakar pakar Media ikram semasa sesi penyampaian hadiah

InsyaAllah masa, tenaga dan wang ringgit yang sedang dan akan dilaburkan untuk mengembangkan kemahiran Media dikalangan golongan muda memudahkan penyampaian mesej dakwah.  Disamping untuk mencapai aspirasi perjuangan IKRAM dalam menegakkan Syariat Islam yang suci sebagai Rahmatan lil Alamin.

Bengkel video ini dapat juga dibawa nanti ke Penang kepada belia belia yang berminat dalam bidang penerbitan, kewartawanan dan media.