Sunday 10 June 2012

Bengkel video di Kuala Lumpur, 9 Jun 2012

Assalamualaikum semua,

satu bengkel video telah diadakan di Kuala Lumpur. Bengkel menggunakan program sony vegas trial version yang dibimbing oleh pakar pakar Media IKRAM. Bengkel bermula dengan tips tips untuk menghasilkan video yang baik. Pada sesi petang, praktikal menggunakan program Sony Vegas diadakan. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan video montaj berdasarkan tajuk tajuk yang diberi.

Wakil dari Penang ialah akhi Shahidan, Suhaimi, Imran Idris dan Zabri.

Media Sukses Penang dan Perak berganding bahu menghasilkan video
sambil dibimbing  Prof Dr Hishamuddin Alham ( kiri )

pasukan melakukan rendering video terakhir 

Alhamdulillah pasukan Penang dan Perak berjaya
menghasil satu video bertajuh TIRIIS yang  memikat hati juri

Bergambar dengan pakar pakar Media ikram semasa sesi penyampaian hadiah

InsyaAllah masa, tenaga dan wang ringgit yang sedang dan akan dilaburkan untuk mengembangkan kemahiran Media dikalangan golongan muda memudahkan penyampaian mesej dakwah.  Disamping untuk mencapai aspirasi perjuangan IKRAM dalam menegakkan Syariat Islam yang suci sebagai Rahmatan lil Alamin.

Bengkel video ini dapat juga dibawa nanti ke Penang kepada belia belia yang berminat dalam bidang penerbitan, kewartawanan dan media.

No comments:

Post a Comment