Tuesday 20 March 2012

Laporan bergambar aktiviti konvoi kebajikan IKRAM Barat Daya, 4 Mac 2012

Assalamualaikum,

disertakan laporan bergambar aktivit konvoi kebajikan IKRAM Barat Daya yang lepas. Gambar ikhsan dari Suhaimi salah seorang peserta konvoi :)

anggota konvoi bergarmbar sebelum memulakan konvoi dalam keadaan hujan sederhana lebat

anggota konvoi dalam perjalanan ke rumah yang bakal menerima bantuan

salah satu keluarga pasangan warga emas yang dibantu, rumah dalam keadaan uzur dan perlu pembaikan
Azhar menyampaikan bantuan kepada penerima yang baru kehilangan cahaya mata akibat penyakit kanser

para peserta konvoi mendengar amanat dan pesanan dari wakil dari Gaza

peserta bergambar dengan wakil dari Gaza

gambar terakhir sebelum bersurai, Alhamdulillah cuaca petang semakin baik


Sunday 18 March 2012

Program Promosi Global March To Jerusalem, GM2J

Assalamualaikum,

Program Global March To Jerusalem (GM2J) adalah satu usaha untuk menunjukkan solidariti terhadap pembebasan kawasan Baitul Muqaddis atau Jerusalem. Jerusalem adalah pusat untuk penganut agama Yahudi, Kristian dan Islam. Umat Islam telah menjaga kawasan suci ini buat sekian lama. Namun, cengkaman Zionis yang mempunyai cita cita untuk mewujudkan Israel Raya dan meruntuhkan Masjid Al Aqsa untuk mendirikan tempat ibadat mereka menyebabkan kesengsaraan yang teruk kepada penduduk bumi Palestin tanpa mengira anutan agama.

bersama sama kita berhimpun di Stadium Melawati


Program promosi Global March To Jerusalem sedang berlangsung diseluruh dunia seperti di UK, Indonesia dan Sweden. Kemuncak program adalah pada 30 Mac ini (Jumaat ). Bagi peringkat Malaysia, perhimpunan akan diadakan di Stadium Malawati pada tarikh yang sama.

Program di Pulau Pinang

Antara program yang berlansung di Pulau Pinang ialah sesi sesi ceramah penerangan. Yang menarik pada sesi kali ini ialah belia belia berpeluang menyampaikan ceramah dan turut sama mengumpul dana projek Aqsa Syarif di Palestin. Sesi penerangan awal mengenai GM2J telah pun berlangsung sebanyak dua hari pada 17 dan 18 Mac di lokasi Rehat dan Rawat Pantai Bersih Butterworth. Alhamdulillah sambutan dari orang ramai dan kerjasama dari persatuan peniaga di sana sangat baik.

antara aktivis yang hadir bersama ajk persatuan pasar malam

aktivis Ehsan memberi penerangan tentang GM2J

aktivis mengibar bendara palestin untuk menarik perhatian pengunjung

sesi penerang bergerak kepada pengunjung mengenai program GM2J

para aktivis sebelum beredar pulang


Peluang belia menjadi sukarelawan Aqsa Syarif

Bagi yang berminat, boleh menjadi sukarelawan Aqsa Syarif. Bersama sama kita tingkatkan kefahaman isu umat islam ini dan menjadi ejen penyampai maklumat tentang isu membebaskan masjid Al Aqsa. Semoga masyarakat akan lebih prihatin dan mempunyai sudut pandang yang betul mengenai isu Masjid Al Aqsa dan kawasan sekitarnya.

InsyaAllah sesi penerangan seterusnya akan diadakan di RnR Pantai Bersih lagi pada 24 dan 25 hb Mar. Jom kita sama sama turut serta.

http://www.mygmj.org/
http://www.aqsasyarif.org.my/

bicara selebriti bersama Sham Kamikaze: 21 Mac 2012 ( Rabu )

Assalamualaikum,

insyaAllah akan berlangsung satu lagi program menarik untuk golongan belia, "Bicara Selebriti"


jom hadir ke sana :)

Friday 2 March 2012

konvoi kebajikan IKRAM Barat Daya, kerjasama dengan I-CLUB









Tentatif program:

Konvoi Kebajikan Ke 2 kerjasama IKRAM Barat Daya dan I-Club

Tarikh: 4 Mar 2012 (Ahad )
Masa: 8.30 pagi - 2.30 ptg
Tempat berhimpun: Masjid Al Huda, Sg Ara

Aturcara Utama program:
8.30 pendaftaran/ makan pagi
9.00 konvoi bergerak ke masjid daerah balik pulau
10.00 konvoi tiba di masjid daerah balik pulau, solat dhuha
10.20 konvoi bergerak ke rumah rumah yang akan dibantu
11.30 konvoi berkumpul di Kampung Terang, makan kenduri bersama orang kampung
12.45 Konvoi bergerak ke Pantai Pasir Panjang
1.00 Pengisian motivasi oleh KRJ Motivation, program bersantai
1.30 solat zohor dan bersurai

Gambar lawatan awal rumah yang nak dibantu sebelum ini,