Sunday 18 March 2012

Program Promosi Global March To Jerusalem, GM2J

Assalamualaikum,

Program Global March To Jerusalem (GM2J) adalah satu usaha untuk menunjukkan solidariti terhadap pembebasan kawasan Baitul Muqaddis atau Jerusalem. Jerusalem adalah pusat untuk penganut agama Yahudi, Kristian dan Islam. Umat Islam telah menjaga kawasan suci ini buat sekian lama. Namun, cengkaman Zionis yang mempunyai cita cita untuk mewujudkan Israel Raya dan meruntuhkan Masjid Al Aqsa untuk mendirikan tempat ibadat mereka menyebabkan kesengsaraan yang teruk kepada penduduk bumi Palestin tanpa mengira anutan agama.

bersama sama kita berhimpun di Stadium Melawati


Program promosi Global March To Jerusalem sedang berlangsung diseluruh dunia seperti di UK, Indonesia dan Sweden. Kemuncak program adalah pada 30 Mac ini (Jumaat ). Bagi peringkat Malaysia, perhimpunan akan diadakan di Stadium Malawati pada tarikh yang sama.

Program di Pulau Pinang

Antara program yang berlansung di Pulau Pinang ialah sesi sesi ceramah penerangan. Yang menarik pada sesi kali ini ialah belia belia berpeluang menyampaikan ceramah dan turut sama mengumpul dana projek Aqsa Syarif di Palestin. Sesi penerangan awal mengenai GM2J telah pun berlangsung sebanyak dua hari pada 17 dan 18 Mac di lokasi Rehat dan Rawat Pantai Bersih Butterworth. Alhamdulillah sambutan dari orang ramai dan kerjasama dari persatuan peniaga di sana sangat baik.

antara aktivis yang hadir bersama ajk persatuan pasar malam

aktivis Ehsan memberi penerangan tentang GM2J

aktivis mengibar bendara palestin untuk menarik perhatian pengunjung

sesi penerang bergerak kepada pengunjung mengenai program GM2J

para aktivis sebelum beredar pulang


Peluang belia menjadi sukarelawan Aqsa Syarif

Bagi yang berminat, boleh menjadi sukarelawan Aqsa Syarif. Bersama sama kita tingkatkan kefahaman isu umat islam ini dan menjadi ejen penyampai maklumat tentang isu membebaskan masjid Al Aqsa. Semoga masyarakat akan lebih prihatin dan mempunyai sudut pandang yang betul mengenai isu Masjid Al Aqsa dan kawasan sekitarnya.

InsyaAllah sesi penerangan seterusnya akan diadakan di RnR Pantai Bersih lagi pada 24 dan 25 hb Mar. Jom kita sama sama turut serta.

http://www.mygmj.org/
http://www.aqsasyarif.org.my/

No comments:

Post a Comment