Tuesday 28 June 2011

Program program akan datang pada bulan Julai 2011

Assalamualaikum, disertakan beberapa program program menarik anjuran IKRAM Pulau Pinang kepada golongan belia.

Antaranya:

16 Julai: Qiyam dan riadah: program Qiamullail  di Masjid Mengkuang dan riadah di Tasik Mengkuang
22 Julai: Qiamullail bersama IKRAM SPU di Masjid Nyior Sebatang
24 Julai: Kenduri Pulut Durian anjuran IKRAM Barat Daya di Pondok Upeh Balik Pulau beserta taklimat program ekspedisi kebajikan IKRAM
30 Julai: Ekspedisi Kebajikan anjuran IKRAM Barat Daya bermula dari Masjid Sungai Ara, melalui Batu Feringgi, Masjid Teluk Bahang, Muara Sungai Burung dan berakhir di Masjid Daerah Balik Pulau, ( penyertaan masih dibuka )

Hubungi kami:
untuk keterangan dan pendaftaran, boleh hubungi IKRAMYouth di facebook ikramyouthpenang :)

Friday 24 June 2011

Jom Riadah Futsal-4

 fuh, dah kali ke-4 futsal Belia anjuran Belia Pertubuhan IKRAM P.Pinang diadakan. Rasa macam baru main je tadi ni.. Berlangsung di Best Bola-Bola, Mak Mandin seawal jam 10pm dan berakhir pada jam 11pm..Semakin hari, semakin ramai beliawan yang hadir dan silih berganti. Yang tetapnya, AJK Belia ni je la..hehe

Semuanya memberi sokongan. Dr.Rizal (kiri sekali, duduk) sebagai penasihat Belia IKRAMPP. Rasanya banyak juga gol dijaringkan. Lepas ni kena beli kasut baru la ye, Dr..

Rembatan dari tepi padang terus menuju ke arah gawang. Adakah menghasilkan jaringan kerna ada defender terbaik (berbaju hijau) di situ..

Sesi taaruf seusai beriadah bersama. Rupanya, serata pelosok negeri di Malaysia yang hadir pada malam ni. Cantiknya ukhuwah tu.. Jumpa lagi di round ke-5..maybe lepas raya kot..ada aktiviti besar pada 16 Julai ni..Lepas tu kita meraikan Ramadhan..Moga amal kita berterusan selamanya..
Terima kasih pada semua yang hadir. Antara yang hadir, wakil dari UiTM Permatang Pauh, USM Transkrian, staf Motorola dan warga belia sekitar Seberang Perai Tengah..

Sunday 19 June 2011

Futsal Belia Siri 4 Jumaat ini: 24 Jun 2011

Assalamualaikum semua,

satu lagi siri futsal belia akan diadakan:

Maklumat adalah seperti berikut:

Tempat: Bola Bola Mak Mandin
Masa: 10 mlm - 11 mlm
Yuran: RM 10

Peta Lokasi:



Disertakan gambar aktiviti futsal belia yang berjalan minggu lepas :)

aktiviti futsal yang berlangsung minggu lepas, 17 Jun 2011 di Batu Maung


Bagi yang berminat boleh hubungi kami di facebook ikramyouthpenang :)

Seminar Kewangan dan Dinar Islam

Assalamualaikum semua,

satu seminar anjuran pertubuhan IKRAM akan dianjurkan di Pejabat IKRAM Negeri di Seberang Jaya Pulau Pinang,



Tema : Realiti Sistem Kewangan
Tarikh : 25 Jun 2011 (Sabtu)
Tempat : Pejabat IKRAM (yang baru, berhampiran Jabatan Imigresen)
Waktu : 9 pg - 1 ptg


Tajuk-tajuk yang akan dibentangkan ialah :

1. Pencekikan Diri: Bagaimana Pertumbuhan Industri Hutang sedang Menghancurkan Masyarakat oleh Prof Mohd Nazari Ismail (Pensyarah Universiti Malaya)

2. Potensi Dinar dan Dirham dalam memecahkan monopoli ekonomi Yahudi oleh Ust. Abd. Rahim Bin Ramly



bagi yang berminat: boleh mesej ke facebook: ikramyouthpenang :)