Sunday 4 December 2011

Kuliah: Hijrah Kemanakah kita?

Assalamualaikum semua,

InsyaAllah kuliah oleh Ustaz Kamaruddin Abdullah akan diadakan bersempena 10 Muharram. Ustaz Kamaruddin merupakan seorang pendakwah. Belia adalah pengerusi kepada Islamic Propagation Society ( IPSI ) yang giat menjalankan kerja da'wah kepada masyarakat.

Tarikh: 10 Muharram, 6 Disember 2011
Masa: 7.45 mlm, selepas solat Maghrib
Tempat: Surau An Nur, Lebuh Nipah, Bukit Jambul, Pulau Pinang ( berdekatan Kayu Nasi Kandar/ Vistana )
Pihak surau turut mengadakan jamuan berbuka puasa




InsyaAllah sama sama kita turut berpuasa pada 10 Muharram dan berbuka puasa disana :)


Tuesday 22 November 2011

Jemputan ke Jom Riadah Futsal siri ke 6, 25 November 2011

Assalamualaikum semua,



jom riadah futsal yang dirancang pada 18 November ditukar ke 25 November,
tempat ditukar ke Batu Maung, Pulau Pinang

tarikh: 25 November ( Jumaat )
masa: 8.30 mlm berkumpul
Yuran: RM 7-8 ringgit
Peralatan: kasut sukan jenis tapak rata tanpa stud



Jom sertai aktiviti riadah ini dengan berhubung melalui fb ikramyouthpenang :)
Cepat mendaftar kerana tempat terhad

Thursday 3 November 2011

Belia Prihatin: Jom Bantu Mangsa Banjir di Thailand

Assalamualaikum,

penduduk thailand terutama sekitar bangkok menghadapi bencana banjir. Banjir dijangka surut dalam tempoh sebulan. Penduduk penduduk tidak dapat bekerja. Terdapat juga komuniti Islam yang terjejas. Sama sama kita hulurkan bantuan sebagai belia yang prihatin.


sumbangan masih boleh dilakukan. Kutipan sebelum ini sebanyak RM 32 ribu cuma bagi kos menampung perbelanjaan seminggu disana.


Tuesday 1 November 2011

Jemputan ke Jom Riadah Futsal siri ke 6, 18 November 2011



InsyaAllah Belia IKRAM akan menganjurkan siri futsal lagi pada bulan November,
Maklumat adalah seperti dibawah:
Tempat: Best Bola Bola Mak Mandin
Tarikh: 18 November ( Jumaat )
Masa: 9.30 mlm - 10.30 mlm
Jemput belia belia datang menyertai futsal ini

peta lokasi


Pendaftaran boleh dibuat melalui facebook ikramyouthpenang :)

Monday 24 October 2011

laporan futsal siri ke 5, 21 Oktober

Alhamdulillah futsal belia berjalan lancar, pada 21 October 2011,
Peserta dari Pulau pun tetap bersemangat datang walaupun terpaksa menempuh traffic yang luargbiasa perlahan pada hari jumaat

Penyertaan kali ini juga terdiri dari adik adik lepasan STAM,





seramai 13 orang belia turun berentap kali ini,

terima kasih kepada Umar kerana menyediakan minuman,
sama sama kita jayakan futsal yang akan datang

Wednesday 19 October 2011

Siri lawatan hospital: 23 October 2011

Assalamualaikum,

satu lagi program kebajikan yang memerlukan penglibatan belia iaitu lawatan hospital,
insyaAllah program program seperti ini dapat menyubur rasa prihatin dikalangan belia,



Tempat berkumpul: Surau Hospital Besar Pulau Pinang
Masa: 10.30 pagi
Jumpa disana :), boleh juga hubungi facebook ikramyouth untuk turun bersama

futsal belia siri 5 Jumaat ini jam 8.45 mlm

Assalamualaikum semua belia,



futsal belia akan diadakan lagi pada Jumaat malam, 21 October 2011,

Berikut adalah maklumat tentang futsal kali ini:
Tempat: Best Bola Bola Mak Mandin
Masa: 8.45 mlm - 9.45 mlm
Sila hubungi ikram youth penang melalui FB untuk tujuan pendaftaran dan pengurusan,

Peta tempat, jumpa disana :)



Thursday 4 August 2011

Siri 1: Berbuka puasa bersama IKRAM Youth di Islah Educare, 5 Ogos 2011

Assalamaualaikum semua,

insyaAllah pada hari ini, 5 Ogos 2011 akan diadakan majlis berbuka puasa di Islah Educare 50, Taman Pekaka anjuran IKRAM Timur Laut,

jadual program buka puasa hari ini:

6.45 ptg: berkumpul di Islah Educare
7.27 ptg: berbuka puasa
7.50 ptg: solat maghrib
8.15 mlm: bersurai

Solat isya' dan tarawikh
Bagi yang ingin solat tarawikh, terdapat masjid As Soghir, atau Masjid Al Mukhtar, USM

Peta lokasi:



kepada mereka yang menyertai konvoi kebajikan sebelum ini, peluang ini boleh digunakan untuk bertemu rakan rakan konvoi sebelum ini,

Jumpa di sana :)

Saturday 30 July 2011

EKSPEDISI KEBAJIKAN IKRAM BARAT DAYA & ISLAMIC RELIEF MALAYSIA



 EKSPEDISI KEBAJIKAN IKRAM BARAT DAYA & ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Tarikh: 30 Julai ( sabtu )
Masa: 8.30 pagi – 3.30 ptg


Terima kasih buat semua yang menjayakan program ini, ada yang datang dari Seberang Perai untuk menyertai konvoi ini. 


Tahniah buat semua.

Perjalanan: konvoi moto dan kereta bermula dari Masjid Al Huda Sg Ara, Masjid Terapung Tanjung Bungah,
Masjid Teluk Bahang, Muara Sungai Burung Balik Pulau dan berakhir di Masjid Daerah Balik Pulau

Acara acara: menyampaikan sumbangan kepada asnaf yang dipilih qaryah, makan nasi, ulam ulaman dan gulai ikan masin dengan penduduk kampung

Percuma: baju t shirt lengan pendek dan pengisian minyak RM 10 setiap motosikal

Seramai 56 peserta konvoi motor & kereta telah menyertai ekspedisi ini.

Seramai 70 orang penduduk telah menerima sumbangan.
40 orang dari Telok Bahang
30 orang dari Sungai Burung

BANNER XPDC KEBAJIKAN IKRAM & IRM
YDP IKRAM BARAT DAYA PENANG: HJ ABD.LATIF

PENGERUSI KEBAJIKAN IKRAM B.DAYA: MOHD.TUAH
WAKIL IRM: EN HARRIS

TUAN HJ.MOHD.TAUFEK: IKRAM NEGERI P.PG
PESERTA KONVOI: DI MASJID HUDA SG.ARA

PESERTA KONVOI MOTOSIKAL
   AKH.ZULFAHMI SETIAUSAHA IKRAM BARAT DAYA: TAZKIRAH


SINGGAH DI MASJID TERAPUNG P.PG
BERHENTI SOLAT DHOHA

WANITA IKRAM BERSAMA MASYARAKAT
UCAPAN YDP IKRAM BD: DI TELOK BAHANG

P7305323
BARANGAN DARI IRM

EN.HARRIS SEDANG MENYAMPAIKAN SUMBANGAN
UCAPAN: PENGERUSI JKKK SUNGAI BURUNG BALIK PULAU

MASYARAKAT MUSLIMAT
BANTUAN UNTUK WARGA EMAS

JAMUAN YANG DISEDIAKAN OLEH ORANG KAMPUNG SUNGAI BURUNG
PESERMBAHAN NASYID DARI PESERTA KONVOI

AJK IKRAM BARAT DAYA
WAKIL IRM

SUMBANGAN UNUTK WARGA EMAS
SAMPUL DUIT RAYA

PENYAMPAIAN CENDERAHATI DARI JKKK SG.BURUNG




Thursday 21 July 2011

Program konvoi kebajikan IKRAM Barat Daya, 30 Julai 2011


Assalamualaikum semua warga net JIMPP dan IKRAM PP,

IKRAM Barat Daya akan menganjurkan 

Sasaran: ahli ahli IKRAM, belia belia prihatin, pelajar IPT, politeknik

POSTER_banner.jpg

Tarikh: 30 Julai ( sabtu )
Masa: 8.30 pagi – 3.30 ptg
Perjalanan: konvoi moto dan kereta bermula dari Masjid Al Huda Sg Ara, Tanjung, Masjid Teluk Bahang, Muara Sungai Burung Balik Pulau dan berakhir di Masjid Daerah Balik Pulau
Acara acara: menyampaikan sumbangan kepada asnaf yang dipilih qaryah, makan nasi, ulam ulaman dan gulai ikan masin dengan penduduk kampung

Percuma: baju t shirt lengan pendek dan pengisian minyak RM 10 setiap motosikal

tshirt_banner.jpg

Jangan LUPA Sesi taklimat sambil makan durian:
 durian.jpg
sesi taklimat di Kebun Durian Pondok Upeh, Balik Pulau pada pagi 24 Julai Ahad 2011, jam 3.30 petang sambil makan durian di Balik Pulau,
semua dijemput hadir, harap dapat maklumkan kepada urusetia untuk memudahkan penyediaan durian,

Pertanyaan dan pendaftaran boleh hubungi:

Arafat: 012 552 0614
Hj Latif: 019 457 5016
Hj Mohd Tuah: 019 570 9500
Hj Roslan: 012 450 8550
Zulfahmi: 019 456 5817
Zabri: 019 545 9356

logo_ekspedisi_1.jpg

Tempat terhad: Jangan lepaskan peluang ini untuk menjayakan program ini dan berkonvoi bersama sama 

Mohon sebarkan dan promosi kepada rakan rakan tentang program ini,

Boleh Hubungi kami juga melalui facebook: ikramyouthpenang

Tuesday 19 July 2011

Qiyam bersama Pemuda SPU

Assalamualaikum semua,

insyaAllah Pemuda SPU akan mengadakan Qiyam di Masjid Nyior Sebatang pada 22 Julai 2011 ( Jumaat )
bermula selepas solat maghrib,



antara pengisian menarik:

kisah umat umat terdahulu oleh Ustaz Syazalie ( Universiti Iman, Yaman )
tayangan multimedia kisah pemuda dan remaja,

kuliah subuh oleh Ustaz Khairul Anuar Hj Musa ( Pengetua Khairiah Pokok Sena )

Peta lokasi:



Jom kita sama sama berqiamullail dan menambahkan ilmu

Wednesday 13 July 2011

Qiyam dan riadah anjuran Belia IKRAM SPT: 16 Julai 2011

Assalamualaikum semua,

insyaAllah belia ikram SPT akan mengadakan qiam di Surau Taman Sutera,  pada 16 Julai ini,
terbuka kepada belia belia,



jom ramai ramai kita hadiri program ini untuk mendekatkan diri kita kepada Ilahi

aturcara program:

16 Julai ( Sabtu )
8.30 mlm: berkumpul di surau Taman Sutera Seberang Jaya
9.00 mlm: solat isya'
9.30 mlm: perkongsian slot "Open Your Eyes" oleh Bg Long dari KRJ Motivation
11.00 mlm: supper/ kemas diri/ tidur

17 Julai:
4.45 pagi: bangun/ bersih diri
5.15 pagi: qiammullai dibawa oleh Umar
5.45 pagi:  solat subuh
6.15 pagi: pengisian kuliah subuh
7.15 pagi: riadah
8.00 pagi: makan pagi
9.00 pagi: bersurai

Hubungi kami:
boleh hubungi IKRAMYouth Penang di facebook kami :)

Peta lokasi:
bagi peserta yang tidak pasti tempat: boleh berkumpul dahulu di masjid seberang jaya

persiapan untuk qiam
bawa persiapan diri seperti tuala, berus gigi, bantal kecil, selimut dan pakaian bersih
bawa bersama buku nota

persiapan untuk riadah
bawa bersama pakaian sukan dan kasut sukan

Monday 4 July 2011

Halaqah Qaseh, beliawanis yang berminat, 7 Julai 2011

InsyaAllah Maklumat lanjut akan disertakan, boleh hubungi fb ikramyouthpenang bagi yang ingin maklumat lanjuat

Tuesday 28 June 2011

Program program akan datang pada bulan Julai 2011

Assalamualaikum, disertakan beberapa program program menarik anjuran IKRAM Pulau Pinang kepada golongan belia.

Antaranya:

16 Julai: Qiyam dan riadah: program Qiamullail  di Masjid Mengkuang dan riadah di Tasik Mengkuang
22 Julai: Qiamullail bersama IKRAM SPU di Masjid Nyior Sebatang
24 Julai: Kenduri Pulut Durian anjuran IKRAM Barat Daya di Pondok Upeh Balik Pulau beserta taklimat program ekspedisi kebajikan IKRAM
30 Julai: Ekspedisi Kebajikan anjuran IKRAM Barat Daya bermula dari Masjid Sungai Ara, melalui Batu Feringgi, Masjid Teluk Bahang, Muara Sungai Burung dan berakhir di Masjid Daerah Balik Pulau, ( penyertaan masih dibuka )

Hubungi kami:
untuk keterangan dan pendaftaran, boleh hubungi IKRAMYouth di facebook ikramyouthpenang :)

Friday 24 June 2011

Jom Riadah Futsal-4

 fuh, dah kali ke-4 futsal Belia anjuran Belia Pertubuhan IKRAM P.Pinang diadakan. Rasa macam baru main je tadi ni.. Berlangsung di Best Bola-Bola, Mak Mandin seawal jam 10pm dan berakhir pada jam 11pm..Semakin hari, semakin ramai beliawan yang hadir dan silih berganti. Yang tetapnya, AJK Belia ni je la..hehe

Semuanya memberi sokongan. Dr.Rizal (kiri sekali, duduk) sebagai penasihat Belia IKRAMPP. Rasanya banyak juga gol dijaringkan. Lepas ni kena beli kasut baru la ye, Dr..

Rembatan dari tepi padang terus menuju ke arah gawang. Adakah menghasilkan jaringan kerna ada defender terbaik (berbaju hijau) di situ..

Sesi taaruf seusai beriadah bersama. Rupanya, serata pelosok negeri di Malaysia yang hadir pada malam ni. Cantiknya ukhuwah tu.. Jumpa lagi di round ke-5..maybe lepas raya kot..ada aktiviti besar pada 16 Julai ni..Lepas tu kita meraikan Ramadhan..Moga amal kita berterusan selamanya..
Terima kasih pada semua yang hadir. Antara yang hadir, wakil dari UiTM Permatang Pauh, USM Transkrian, staf Motorola dan warga belia sekitar Seberang Perai Tengah..