Sunday 24 April 2011

siri 1 belia prihatin: lawatan hospital besar pulau pinang, 24 April 2011

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah lawatan hospital yang dirancang berjalan dengan baik.

tempat untuk para aktivis berkumpul
Kali ini lawatan diadakan di wad orthopedik. Terdapat pelbagai lapisan umur pesakit dari muda sehinnga tua. Terdapat bermacam macam sebab pesakit dimasukkan ke wad. Diantara sebab ialah baru menjalani pembedahan.

Para aktivis termasuk Rizal ( pengarah program lawatan hospital ) duduk tengah,
syabas kepada beliau yang sentiasa bersemangat
Alhamdulillah para aktivis lawatan berpeluang berinteraksi dengan pesakit dan mendengar permasalahan mereka.  Para aktivis dapat memberi sokongan moral kepada pesakit dan juga keluarga. Kami dapati bahawa sokongan keluarga sangat penting untuk memberi pesakit semangat untuk pulih.

bahan bahan untuk diberikan kepada para pesakit iaitu panduan solat ketika sakit
dan ucapan supaya cepat sembuh
Jaga kesihatan dan muhasabah diri

Bagi para aktivis, lawatan ini mengingatkan bahawa masyarakat boleh mengambil beberapa langkah pencegahan untuk mengelakkan dari penyakit penyakit akibat gaya hidup seperti serangan jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Redha dengan ujian Allah adalah penting bagi pesakit dan para aktivis. Kita harus saling ingat mengingati bahawa kehidupan ini adalah ujian sama ada sihat ataupun sakit.

Jom bersama kita prihatin
bagi yang berminat menyertai program kebajikan bersama IKRAM Belia: boleh menghantar email ke ikramyouthpenang@gmail.com

Kami memerlukan lebih ramai aktivis untuk membantu usaha usaha kebajikan. InsyaAllah sama sama kita menjadi belia yang lebih prihatin.

Friday 22 April 2011

membantu perjuangan rakyat palestin melalui Aqsa Syarif



As-Syahid Dr Rantisi selepas pembunuhan Syekh Ahmad Yassin "Kita akan mati juga satu hari nanti, tiada apa yang akan berubah. Samada kematian tersebut dengan Apache ataupun dengan sakit jantung (yang pastinya kita akan mati), dan saya memilih untuk mati dibom oleh Apache (Israel)"


Kata kata As Syahid Dr Rantisi seharusnya membuka minda umat islam bahawa seorang yang berjuang dengan ikhlas mengharapkan balasan setingginya hanya dari pencipta. Belia belia haruslah bersikap positif dan bersemangat untuk mendapat balasan setingginya dari Allah.


Perjuangan kita bersama


Perjuangan rakyat palestin sememangnya satu perjuangan yang menguji keprihatinan umat islam. Umat islam adalah bersaudara dan tidak mungkin akan membiarkan rakyat Palestin dan juga Masjid Al Aqsa di rampas oleh golongan Yahudi.


Belia belia di Malaysia harus didedahkan dan diberi kesedaran untuk membantu perjuangan membebaskan Palestin. Sumbangan dana amat diperlukan untuk membantu kelansungan hidup penduduk disana. Sumbangan boleh dibuat melalui Aqsa Syarif. Sumbangan juga dapat dibuat dengan membeli t-shirt, sticker kereta yang di jual wakil Aqsa Syarif.


Jom bantu


InsyaAllah t-shirt dan sticker kereta akan mula dijual didalam program futsal belia bulan Mei.


Belia belia juga boleh menjadi aktivis Aqsa Syarif untuk membantu kempen kesedaran kepada masyarakat umum.


pautan:
http://www.aqsasyarif.org.my/

Thursday 14 April 2011

Jom Riadah Futsal 1


Disertakan laporan berkenaan Jom Riadah Futsal 1 di Best Bola-Bola, Mak Mandin.

Alhamdulillah program berjalan lancar, tahniah buat semua yang terlibat.

Tarikh: 8 April 2011 (Jumaat)
Masa di sana: 10.00 mlm - 12.30 tgh mlm
masa permainan: 11.00 mlm - 12.15 mlm
Kehadiran: 
- Pelajar UiTM di bawah akhi Harryzan, seramai lebih kurang 20-30 orang
- warga kilang motorola
- warga kerja syarikat guaman,
- akhi Tarmizi dan juga kenalan
- ajk belia
- imran ( ahli belia TL )
- Khaw ( ahli IKRAM, ajk hidayah center )

AJK: Hafiz, Irfan, Zabri, Ikhwan, Umar (tempahan tempat, accident)

Objektif:
- Merapatkan hubungan dengan belia belia sasaran,
- Mewujudkan program riadah bulanan di kalangan Belia, memenuhi tuntutan sunnah Nabi SAW.
- Mencungkil bakat dan seterusnya mewujudkan satu pasukan futsal Belia IKRAM P.Pinang.
- Menyediakan platform bagi golongan Belia bersukan dan bersenam.

Permainan:
Tempahan 2 court dibuat kerana peserta ramai. Satu court untuk UiTM dan warga sykt guaman, satu lagi untuk warga kilang motorola.
Akhi Harryzan memberi tazkirah bagi peserta-->lihat gambar-Futsal (1)

Kos: 
Sewa Padang: RM 130 ( RM 70 + RM 60 )
Air : Sumbangan Percuma dari Akhi Hafiz


Dana:
Belia IKRAM memerlukan sumbangan kos sekurang kurangnya RM 50 setiap sesi, 
sumbangan dan penyertaan ahli IKRAM amat dialu-alukan.

Lampiran Gambar:
Futsal 1 - gambar tazkirah


Futsal 2&3 - gambar selepas perlawanan


Jom Riadah Futsal seterusnya akan DIADAKAN PADA 13 MEI 2011(Jumaat).
Nantikan iklan seterusnya daripada kami, Penggerak Belia IKRAMPP.

Laporan Disediakan:
Zabri
Pengerusi
Belia IKRAM Pulau Pinang

Friday 1 April 2011

Carta Organisasi Belia IKRAM P.Pinang

Disertakan Carta Organisasi bagi Belia IKRAM Pulau Pinang. Segala urusan berkaitan boleh dibuat dengan memberi komentar dalam blog permulaan Belia IKRAM Pulau Pinang ini.