Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah lawatan hospital yang dirancang berjalan dengan baik.
Kali ini lawatan diadakan di wad orthopedik. Terdapat pelbagai lapisan umur pesakit dari muda sehinnga tua. Terdapat bermacam macam sebab pesakit dimasukkan ke wad. Diantara sebab ialah baru menjalani pembedahan.
Alhamdulillah para aktivis lawatan berpeluang berinteraksi dengan pesakit dan mendengar permasalahan mereka. Para aktivis dapat memberi sokongan moral kepada pesakit dan juga keluarga. Kami dapati bahawa sokongan keluarga sangat penting untuk memberi pesakit semangat untuk pulih.
Jaga kesihatan dan muhasabah diri
Bagi para aktivis, lawatan ini mengingatkan bahawa masyarakat boleh mengambil beberapa langkah pencegahan untuk mengelakkan dari penyakit penyakit akibat gaya hidup seperti serangan jantung, darah tinggi dan kencing manis.
Redha dengan ujian Allah adalah penting bagi pesakit dan para aktivis. Kita harus saling ingat mengingati bahawa kehidupan ini adalah ujian sama ada sihat ataupun sakit.
Jom bersama kita prihatin
bagi yang berminat menyertai program kebajikan bersama IKRAM Belia: boleh menghantar email ke ikramyouthpenang@gmail.com
Kami memerlukan lebih ramai aktivis untuk membantu usaha usaha kebajikan. InsyaAllah sama sama kita menjadi belia yang lebih prihatin.
Alhamdulillah lawatan hospital yang dirancang berjalan dengan baik.
tempat untuk para aktivis berkumpul |
Para aktivis termasuk Rizal ( pengarah program lawatan hospital ) duduk tengah, syabas kepada beliau yang sentiasa bersemangat |
bahan bahan untuk diberikan kepada para pesakit iaitu panduan solat ketika sakit dan ucapan supaya cepat sembuh |
Bagi para aktivis, lawatan ini mengingatkan bahawa masyarakat boleh mengambil beberapa langkah pencegahan untuk mengelakkan dari penyakit penyakit akibat gaya hidup seperti serangan jantung, darah tinggi dan kencing manis.
Redha dengan ujian Allah adalah penting bagi pesakit dan para aktivis. Kita harus saling ingat mengingati bahawa kehidupan ini adalah ujian sama ada sihat ataupun sakit.
Jom bersama kita prihatin
bagi yang berminat menyertai program kebajikan bersama IKRAM Belia: boleh menghantar email ke ikramyouthpenang@gmail.com
Kami memerlukan lebih ramai aktivis untuk membantu usaha usaha kebajikan. InsyaAllah sama sama kita menjadi belia yang lebih prihatin.
tahniah..moga diteruskan di masa hadapan..
ReplyDeleteaslm...aktivis akhawat x de ke minggu ni...nampak mcm x ramai je...ana x berkesempatan nk ikut mggu nie...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWaalaikum salam,
ReplyDeleteaktivis beliawanis ada seramai 3 orang,
aktivis lelaki ada 8 orang,
insyaAllah kita ramai ramaikan program ini lagi,
jom ajak kawan kawan :)