Wednesday, 8 February 2012

'Riki' konvoi kebajikan ikram barat daya, jejak pesanan nabi

Asssalamualaikum semua belia belia :),

Alhamdulillah pada hari selasa, 7 Feb yang lepas,
berlangsung aktiviti lawatan awal untuk aktiviti konvoi kebajikan ikram barat daya,
dalam lawatan ini, ajk konvoi membuat lawatan awal ke rumah rumah golongan golongan yang memerlukan bantuan. Mereka dipilih berdasarkan maklumat dari ajk qaryah Sg Burung dan Pulau Betong.

berikut adalah senarai rumah yang sempat kami lawati untuk membuat lawatan awal.

konvoi bergerak ke rumah rumah sekitar sungai burung dan pulau betong

Keluarga Pak Cik Jamaluddin dan Mak Cik Piah


keluarga pertama yang kami lawati ialah Pak Cik Jamaluddin dan Mak Cik Asiah.
Kedua dua warga emas ini tinggal bersama anak. Pendapatan mak cik Asiah tidak seberapa dari mengasuh
anak dan juga sewa rumah. Namun, pendapatan ini cukup cukup sahaja untuk keperluan harian.

Pak Cik dan Mak Cik Asiah menghidap kencing manis yang menyukarkan mereka membuat kerja berat. 
Pak Cik Jamaluddin berusia lewat 70 tahun dan sudah tidak berdaya untuk berjalan tanpa bantuan. 

Diantara keperluan keperluan harian keluarga ini ialah untuk membeli lampin dan ubat ubatan. 
Moga ada yang sudi untuk membantu meringankan beban pak cik Jamaluddin dan mak cik Asiah.


Keluarga Mak Cik Piah
akhi Md Tuah menyampaikan bantuan kepada Mak Cik Piah
 Keluarga kedua yang kami lawati ialah che piah bt Omar. Mak Cik Piah tinggal bersama anak angkatnya berusia 20 tahun. Namun, pada masa  ini anaknya baru berhenti kerja dan mencari kerja baru.

Alhamdulillah Mak Cik Piah masih sihat di usia 70 tahun.

Antara masalah yang dihadapi Mak Cik Piah ialah bahagian atas rumah yang sudah dimakan anai anai
dan perlu dibaiki untuk mengelakkan hujan tempias kedalam rumah. Keperluan harian juga menjadi masalah untuk dipenuhi pada masa kini.


keadaan atas rumah mak cik piah yang dimakan anai anai

Keluarga Pak Cik Yaakob dan Mak Cik Julia


Imran menyampaikan sedikit hamper kepada keluarga Yaakob


Keluarga ketiga yang dilawati ialah Pak Cik Yaakob dan Mak Cik Julia.
Yaakob bekerja kampung untuk menyara keluarga. Yaakob menceritakan kepada kami yang dia akan
berjalan ke simpang empat untuk menaiki bas jam 5 pagi untuk ke pasar di bayan baru untuk
menjual hasil ulam kampung yang dikutip.

Mak Cik Julia pula menggunakan tongkat untuk berjalan akibat kemalangan 5 tahun lepas. Kecederaan yang dialami menyebabkan mak cik Julia tidak dapat berjalan jauh dan melakukan kerja diluar.


Rumah yang serba daif dan kekurangan ini menjadi tempat berteduh dan perlu diganti bumbung untuk mengelak dari hujan lebat.

sebahagian besar rumah ini bocor dan kayu bumbung reput dimakan anai anai

satu satunya ruang dalam rumah yang boleh diguna untuk berehat
  Keluarga ridhuan

keluarga Anuar menerima sumbangan
Keluarga keempat yang kami lawati ialah keluarga ridhuan. Keluarga muda ini baru kehilangan anak bongsu kesayangan berusia empat tahun akibat kanser.

Ridhuan hanya bekerja sebagai seorang tukang kebun. Sepanjang tiga tahun semasa merawat anak mereka yang sakit, mereka berulang alik ke hospital besar pulau pinang. Banyak wang yang digunakan untuk tujuan rawatan anak kesayangan mereka sebelum ini. Jadi bantuan dari mereka yang sudi amat diharapkan bagi menampung perbelanjaan dan juga persekolahan anak sulung mereka.

Keluarga Anuar


konvoi lawatan awal bersama imam masjid pulau betong menyampaikan bantuan

anak anak encik Anuar yang masih kecil

anggota konvoi bersama saudara Anuar ( dua dari kiri ) dirumah beliau



Keluarga terakhir yang kami lawati ialah keluarga anuar. Anuar mempunyai 5 orang anak yang masih kecil.
Antara sumber pendapatan Anuar ialah membantu buat rumah. Namun, pendapatan Anuar dari sumber ini
hanya dapat apabila dipanggil membantu. Moga kita dapat memberi semangat untuk keluarga Anuar membesarkan anak anak dan memberi pendidikan sebaiknya dunia dan akhirat.

Jom bersama membantu
InsyaAllah lawatan susulan akan diadakan pada akhir bulan februari ini. Semoga Allah menbalas kebajikan yang kita lakukan dengan ganjaran sebaiknya.

InsyaAllah keluarga keluarga yang kami lawati akan diberi lagi bantuan. Kepada yang sudi menghulurkan sumbangan dan menyertai konvoi seterusnya hujung bulan ini boleh menghubungi ikram barat daya.

Ayuh sahut seruan Rasulullah
Antara pesanan Rasulullah ialah mengambil berat tentang orang orang yang miskin dan saudara seagama. Jadi, sebagai umat yang cintakan Rasulullah, kita perlu mengambil berat tentang pesanan Rasulullah ini.

Ayuh mencari ciri ciri "Abrar"
didalam surah Al Insan disebutkan tentang ciri ciri golongan Abrar yang akan mendapat ganjaran sebaiknya disyurga kelak.


Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,
(Al-Insaan 76:8)



(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,
(Al-Insaan 76:9)


No comments:

Post a Comment