Monday, 13 February 2012

lawatan hospital 12 Februari 2012

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah lawatan hospital berlangsung lagi di Hospital Besar Pulau Pinang,

Kali ini kami melawat wad pesakit yang sedang menjalani rawatan dalam pelbagai pesakit. Ustaz Hafiz dari Badan Surau Hospital Besar Pulau Pinang membawa kami melawat wad wad tersebut. Kebetulan bapa Ustaz Hafiz juga ditempatkan didalam wad yang kami lawati. Moga Allah memberi kesembuhan kepada bapa Ustaz Hafiz.

sukarelawan bergambar sebelum memulakan lawatan

Faiz dan Radin bersedia dengan pamplet penerangan solat
dan hadiah

sukarelawan membaca doa sebelum melawat wad wad

Pengalaman yang berharga

Antara pengalaman berharga yang kami dapati kali ini ialah bertemu dengan pesakit yang murung akibat mengidap sakit. Lawatan kami sedikit sebanyak menceriakan dan mengubah suasana pesakit. Kami mengingatkan pesakit bahawa Allah itu Maha Mendengar rintihan hambaNya.

Sukarelawan juga menerangkan cara cara ibadat dan bertayammum di katil hospital. Semoga ilmu ini dapat membantu pesakit melaksanakan ibadah kepada Allah.

Disamping itu, sukarelawan juga dapat bertemu dengan pesakit dari pelbagai latar belakang dan agama. Moga  kita sukarelawan Islam dapat mengikuti jejak Rasulullah tercinta yang prihatin terhadap jirannya yang sakit walaupun berlainan agama.

Peluang mengajak rakan rakan dalam aktiviti kebajikan

Lawatan hospital juga menjadi satu cara untuk memupuk semangat berkebajikan dan prihatin. InsyaAllah kepuasan dalam membantu pesakit juga menyuburkan rasa syukur didalam hati para sukarelawan.

Keperluan menjadi pembaca buku cerita kanak kanak
Terdapat permintaan dari pihak hospital supaya sukarelawan dapat membacakan buku cerita kepada pesakit kanak kanak. Banyak bahan bacaan yang disediakan untuk dibacakan kepada pesakit kanak kanak. Moga ramai sukarelawan yang sudi menyertai aktiviti yang menarik ini.

hidayah center, antara ngo yang menyediakan bantuan dan sokongan
kepada yang baru memeluk Islam dan mengadakan siri penerangan tentang Islam
kepada masyarakat umum terutama yang bukan Islam
Aktiviti dua minggu sekali
Bagi yang berminat, bolehlah menyertai aktivit ini yang diadakan setiap dua minggu sekali pada hari Ahad pagi. InsyaAllah Hidayah Center dibawah Ikram menyediakan platform  kepada orang ramai terutama belia untuk menjadi sukarelawan dan meningkatkan pemahaman dan penghayatan sebagai seorang Islam.

bagi yang berminat menyertai siri seterusnya, boleh layari fb
http://www.facebook.com/hidayahcentrepenang
atau:
http://www.facebook.com/pages/Ikram-Youth-Penang/

No comments:

Post a Comment