Thursday, 23 February 2012

jemputan jom riadah futsal siri 3 tahun 2012

Assalamualaikum semua warga belia,

satu lagi siri permainan futsal di USM Transkrian,

peluang untuk menunjukkan skil dan sebagai catatan aktiviti riadah bulan ini 
jemput semua peringkat umur memeriahkan aktiviti ini

tarikh: 24 Feb 2012 ( Jumaat )
yuran: percuma
masa: 9 mlm - 11 mlm
tempat: gelanggang futsal USM Transkrian


Peta:


belia yang berminat boleh datang terus ke gelanggang futsal

Friday, 17 February 2012

Perjumpaan Belia IKRAM Pusat

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah pada minggu lepas juga berlangsung muzakarah belia IKRAM Pusat. Banyak perkongsian pengalaman menggerakkan institusi belia diperingkat negeri masing masing. InsyaAllah selepas ini aktiviti belia IKRAM kearah penghayatan islam akan dimantapkan lagi :-)

barisan belia ikram yang bersedia menjayakan mesej meningkatkan penghayatan belia kepada Islam

kursus fotografi anjuran media dan belia Ikram

Assalamualaikum,

satu kursus fotografi asas telah diadakan pada 11 Februari ( Ahad ) di Pejabat IKRAM Pulau Pinang, Seberang Jaya.

InsyaAllah kursus kursus seperti ini akan diadakan lagi pada masa hadapan. Tunggu :-)


barisan para peserta yang berpuas hati dengan kursus ini :): foto oleh Hamizat Ahmad

Monday, 13 February 2012

lawatan hospital 12 Februari 2012

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah lawatan hospital berlangsung lagi di Hospital Besar Pulau Pinang,

Kali ini kami melawat wad pesakit yang sedang menjalani rawatan dalam pelbagai pesakit. Ustaz Hafiz dari Badan Surau Hospital Besar Pulau Pinang membawa kami melawat wad wad tersebut. Kebetulan bapa Ustaz Hafiz juga ditempatkan didalam wad yang kami lawati. Moga Allah memberi kesembuhan kepada bapa Ustaz Hafiz.

sukarelawan bergambar sebelum memulakan lawatan

Faiz dan Radin bersedia dengan pamplet penerangan solat
dan hadiah

sukarelawan membaca doa sebelum melawat wad wad

Pengalaman yang berharga

Antara pengalaman berharga yang kami dapati kali ini ialah bertemu dengan pesakit yang murung akibat mengidap sakit. Lawatan kami sedikit sebanyak menceriakan dan mengubah suasana pesakit. Kami mengingatkan pesakit bahawa Allah itu Maha Mendengar rintihan hambaNya.

Sukarelawan juga menerangkan cara cara ibadat dan bertayammum di katil hospital. Semoga ilmu ini dapat membantu pesakit melaksanakan ibadah kepada Allah.

Disamping itu, sukarelawan juga dapat bertemu dengan pesakit dari pelbagai latar belakang dan agama. Moga  kita sukarelawan Islam dapat mengikuti jejak Rasulullah tercinta yang prihatin terhadap jirannya yang sakit walaupun berlainan agama.

Peluang mengajak rakan rakan dalam aktiviti kebajikan

Lawatan hospital juga menjadi satu cara untuk memupuk semangat berkebajikan dan prihatin. InsyaAllah kepuasan dalam membantu pesakit juga menyuburkan rasa syukur didalam hati para sukarelawan.

Keperluan menjadi pembaca buku cerita kanak kanak
Terdapat permintaan dari pihak hospital supaya sukarelawan dapat membacakan buku cerita kepada pesakit kanak kanak. Banyak bahan bacaan yang disediakan untuk dibacakan kepada pesakit kanak kanak. Moga ramai sukarelawan yang sudi menyertai aktiviti yang menarik ini.

hidayah center, antara ngo yang menyediakan bantuan dan sokongan
kepada yang baru memeluk Islam dan mengadakan siri penerangan tentang Islam
kepada masyarakat umum terutama yang bukan Islam
Aktiviti dua minggu sekali
Bagi yang berminat, bolehlah menyertai aktivit ini yang diadakan setiap dua minggu sekali pada hari Ahad pagi. InsyaAllah Hidayah Center dibawah Ikram menyediakan platform  kepada orang ramai terutama belia untuk menjadi sukarelawan dan meningkatkan pemahaman dan penghayatan sebagai seorang Islam.

bagi yang berminat menyertai siri seterusnya, boleh layari fb
http://www.facebook.com/hidayahcentrepenang
atau:
http://www.facebook.com/pages/Ikram-Youth-Penang/

Wednesday, 8 February 2012

'Riki' konvoi kebajikan ikram barat daya, jejak pesanan nabi

Asssalamualaikum semua belia belia :),

Alhamdulillah pada hari selasa, 7 Feb yang lepas,
berlangsung aktiviti lawatan awal untuk aktiviti konvoi kebajikan ikram barat daya,
dalam lawatan ini, ajk konvoi membuat lawatan awal ke rumah rumah golongan golongan yang memerlukan bantuan. Mereka dipilih berdasarkan maklumat dari ajk qaryah Sg Burung dan Pulau Betong.

berikut adalah senarai rumah yang sempat kami lawati untuk membuat lawatan awal.

konvoi bergerak ke rumah rumah sekitar sungai burung dan pulau betong

Keluarga Pak Cik Jamaluddin dan Mak Cik Piah


keluarga pertama yang kami lawati ialah Pak Cik Jamaluddin dan Mak Cik Asiah.
Kedua dua warga emas ini tinggal bersama anak. Pendapatan mak cik Asiah tidak seberapa dari mengasuh
anak dan juga sewa rumah. Namun, pendapatan ini cukup cukup sahaja untuk keperluan harian.

Pak Cik dan Mak Cik Asiah menghidap kencing manis yang menyukarkan mereka membuat kerja berat. 
Pak Cik Jamaluddin berusia lewat 70 tahun dan sudah tidak berdaya untuk berjalan tanpa bantuan. 

Diantara keperluan keperluan harian keluarga ini ialah untuk membeli lampin dan ubat ubatan. 
Moga ada yang sudi untuk membantu meringankan beban pak cik Jamaluddin dan mak cik Asiah.


Keluarga Mak Cik Piah
akhi Md Tuah menyampaikan bantuan kepada Mak Cik Piah
 Keluarga kedua yang kami lawati ialah che piah bt Omar. Mak Cik Piah tinggal bersama anak angkatnya berusia 20 tahun. Namun, pada masa  ini anaknya baru berhenti kerja dan mencari kerja baru.

Alhamdulillah Mak Cik Piah masih sihat di usia 70 tahun.

Antara masalah yang dihadapi Mak Cik Piah ialah bahagian atas rumah yang sudah dimakan anai anai
dan perlu dibaiki untuk mengelakkan hujan tempias kedalam rumah. Keperluan harian juga menjadi masalah untuk dipenuhi pada masa kini.


keadaan atas rumah mak cik piah yang dimakan anai anai

Keluarga Pak Cik Yaakob dan Mak Cik Julia


Imran menyampaikan sedikit hamper kepada keluarga Yaakob


Keluarga ketiga yang dilawati ialah Pak Cik Yaakob dan Mak Cik Julia.
Yaakob bekerja kampung untuk menyara keluarga. Yaakob menceritakan kepada kami yang dia akan
berjalan ke simpang empat untuk menaiki bas jam 5 pagi untuk ke pasar di bayan baru untuk
menjual hasil ulam kampung yang dikutip.

Mak Cik Julia pula menggunakan tongkat untuk berjalan akibat kemalangan 5 tahun lepas. Kecederaan yang dialami menyebabkan mak cik Julia tidak dapat berjalan jauh dan melakukan kerja diluar.


Rumah yang serba daif dan kekurangan ini menjadi tempat berteduh dan perlu diganti bumbung untuk mengelak dari hujan lebat.

sebahagian besar rumah ini bocor dan kayu bumbung reput dimakan anai anai

satu satunya ruang dalam rumah yang boleh diguna untuk berehat
  Keluarga ridhuan

keluarga Anuar menerima sumbangan
Keluarga keempat yang kami lawati ialah keluarga ridhuan. Keluarga muda ini baru kehilangan anak bongsu kesayangan berusia empat tahun akibat kanser.

Ridhuan hanya bekerja sebagai seorang tukang kebun. Sepanjang tiga tahun semasa merawat anak mereka yang sakit, mereka berulang alik ke hospital besar pulau pinang. Banyak wang yang digunakan untuk tujuan rawatan anak kesayangan mereka sebelum ini. Jadi bantuan dari mereka yang sudi amat diharapkan bagi menampung perbelanjaan dan juga persekolahan anak sulung mereka.

Keluarga Anuar


konvoi lawatan awal bersama imam masjid pulau betong menyampaikan bantuan

anak anak encik Anuar yang masih kecil

anggota konvoi bersama saudara Anuar ( dua dari kiri ) dirumah beliau



Keluarga terakhir yang kami lawati ialah keluarga anuar. Anuar mempunyai 5 orang anak yang masih kecil.
Antara sumber pendapatan Anuar ialah membantu buat rumah. Namun, pendapatan Anuar dari sumber ini
hanya dapat apabila dipanggil membantu. Moga kita dapat memberi semangat untuk keluarga Anuar membesarkan anak anak dan memberi pendidikan sebaiknya dunia dan akhirat.

Jom bersama membantu
InsyaAllah lawatan susulan akan diadakan pada akhir bulan februari ini. Semoga Allah menbalas kebajikan yang kita lakukan dengan ganjaran sebaiknya.

InsyaAllah keluarga keluarga yang kami lawati akan diberi lagi bantuan. Kepada yang sudi menghulurkan sumbangan dan menyertai konvoi seterusnya hujung bulan ini boleh menghubungi ikram barat daya.

Ayuh sahut seruan Rasulullah
Antara pesanan Rasulullah ialah mengambil berat tentang orang orang yang miskin dan saudara seagama. Jadi, sebagai umat yang cintakan Rasulullah, kita perlu mengambil berat tentang pesanan Rasulullah ini.

Ayuh mencari ciri ciri "Abrar"
didalam surah Al Insan disebutkan tentang ciri ciri golongan Abrar yang akan mendapat ganjaran sebaiknya disyurga kelak.


Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,
(Al-Insaan 76:8)



(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,
(Al-Insaan 76:9)


Thursday, 2 February 2012

Laporan jom riadah futsal, 2 Feb 2012





gambar sebelum perlawanan
 Alhamdulillah berlangsung juga jom riadah futsal dengan keizinan Allah. Hujan lebat selama dua jam berhenti sebelum waktu maghrib. Ramai yang turun memeriahkan futsal kali ini. InsyaAllah disamping beriadah kita dapat kenal mengenal dan merapatkan ukhuwwah.

InsyaAllah dalam perlawanan yang datang, minuman akan disediakan. Yuran dikenakan murah sebanyak RM 2 sahaja.

sudut pandangan dari penjaga gol

aksi permainan

lawan jangan tak lawan

pemain lawan cuba mengalih perhatian penjaga gol :)

alhamdulillah perlawanan berakhir
sesi perkenalan antara pemain pemain

imran (tengah) memberi taaruf ringkat

bahar, hanafi, irfan, megat dan suhaimi

Wednesday, 1 February 2012

jom riadah futsal siri 2 tahun 2012


InsyaAllah futsal akan diadakan di tempat berikut:

Futsal siri 2
==============
Tarikh: 2 Februari 2012 ( Khamis )
Masa: 8-10 mlm
Tempat: padang futsal USM Pulau Pinang ( belakang padang balapan dan gelanggang tenis )



boleh datang terus ke gelanggang, jumpa disana :)