Menceritakn segala aktiviti yang berlaku sekitar P.Pinang dan Negeri berdekatan yang dianjurkan oleh Belia IKRAM P.Pinang atau sinergi dgn badan2 K'jaan/NGO yg lain..~
Monday, 4 July 2011
Tuesday, 28 June 2011
Program program akan datang pada bulan Julai 2011
Assalamualaikum, disertakan beberapa program program menarik anjuran IKRAM Pulau Pinang kepada golongan belia.
Antaranya:
16 Julai: Qiyam dan riadah: program Qiamullail di Masjid Mengkuang dan riadah di Tasik Mengkuang
22 Julai: Qiamullail bersama IKRAM SPU di Masjid Nyior Sebatang
24 Julai: Kenduri Pulut Durian anjuran IKRAM Barat Daya di Pondok Upeh Balik Pulau beserta taklimat program ekspedisi kebajikan IKRAM
30 Julai: Ekspedisi Kebajikan anjuran IKRAM Barat Daya bermula dari Masjid Sungai Ara, melalui Batu Feringgi, Masjid Teluk Bahang, Muara Sungai Burung dan berakhir di Masjid Daerah Balik Pulau, ( penyertaan masih dibuka )
Hubungi kami:
untuk keterangan dan pendaftaran, boleh hubungi IKRAMYouth di facebook ikramyouthpenang :)

Friday, 24 June 2011
Jom Riadah Futsal-4
fuh, dah kali ke-4 futsal Belia anjuran Belia Pertubuhan IKRAM P.Pinang diadakan. Rasa macam baru main je tadi ni.. Berlangsung di Best Bola-Bola, Mak Mandin seawal jam 10pm dan berakhir pada jam 11pm..Semakin hari, semakin ramai beliawan yang hadir dan silih berganti. Yang tetapnya, AJK Belia ni je la..hehe
Semuanya memberi sokongan. Dr.Rizal (kiri sekali, duduk) sebagai penasihat Belia IKRAMPP. Rasanya banyak juga gol dijaringkan. Lepas ni kena beli kasut baru la ye, Dr..
Rembatan dari tepi padang terus menuju ke arah gawang. Adakah menghasilkan jaringan kerna ada defender terbaik (berbaju hijau) di situ..
Sesi taaruf seusai beriadah bersama. Rupanya, serata pelosok negeri di Malaysia yang hadir pada malam ni. Cantiknya ukhuwah tu.. Jumpa lagi di round ke-5..maybe lepas raya kot..ada aktiviti besar pada 16 Julai ni..Lepas tu kita meraikan Ramadhan..Moga amal kita berterusan selamanya..
Terima kasih pada semua yang hadir. Antara yang hadir, wakil dari UiTM Permatang Pauh, USM Transkrian, staf Motorola dan warga belia sekitar Seberang Perai Tengah..
Sunday, 19 June 2011
Futsal Belia Siri 4 Jumaat ini: 24 Jun 2011
Assalamualaikum semua,
satu lagi siri futsal belia akan diadakan:
Maklumat adalah seperti berikut:
Tempat: Bola Bola Mak Mandin
Masa: 10 mlm - 11 mlm
Yuran: RM 10
Peta Lokasi:
Disertakan gambar aktiviti futsal belia yang berjalan minggu lepas :)
Bagi yang berminat boleh hubungi kami di facebook ikramyouthpenang :)

| aktiviti futsal yang berlangsung minggu lepas, 17 Jun 2011 di Batu Maung |
Bagi yang berminat boleh hubungi kami di facebook ikramyouthpenang :)
Seminar Kewangan dan Dinar Islam
Assalamualaikum semua,
satu seminar anjuran pertubuhan IKRAM akan dianjurkan di Pejabat IKRAM Negeri di Seberang Jaya Pulau Pinang,
Tema : Realiti Sistem Kewangan
Tarikh : 25 Jun 2011 (Sabtu)
Tempat : Pejabat IKRAM (yang baru, berhampiran Jabatan Imigresen)
Waktu : 9 pg - 1 ptg
Tajuk-tajuk yang akan dibentangkan ialah :
1. Pencekikan Diri: Bagaimana Pertumbuhan Industri Hutang sedang Menghancurkan Masyarakat oleh Prof Mohd Nazari Ismail (Pensyarah Universiti Malaya)
2. Potensi Dinar dan Dirham dalam memecahkan monopoli ekonomi Yahudi oleh Ust. Abd. Rahim Bin Ramly
bagi yang berminat: boleh mesej ke facebook: ikramyouthpenang :)

Tuesday, 17 May 2011
siri 2 futsal belia 13 Mei 2011
Alhamdulillah siri 2 futsal belia yang berlangsung pada 13 Mei 2011 ( Jumaat ) di Best Bola Bola Mak Mandin berlangsung dengan baik.
Peserta seramai anggaran 16 orang telah hadir memeriahkan futsal ini. Antara yang hadir dalam siri futsal kali ini ialah YDP IKRAM Pulau Pinang iaitu Ir Jamaluddin. Beliau turut membawa bersama anak anak remaja untuk menyertai futsal kali ini.
Perlawanan futsal
Futsal kali ini dimulakan dengan tazkirah mengenai masa. Surah yang selalu dikaitkan dengan masa ialah surah Al Asr. Didalam surah Al Asr terdapat seruan supaya kita berpesan pesan dengan kebenaran dan kesabaran.
[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Masa juga telah membuktikan bahawa islam pernah gemilang apabila umat islam mengikut syariat Islam. Dan dengan ketentuan Allah juga Islam pasti bangkit semula. Para peserta diperingatkan untuk mengingati tentang peristiwa besar yang berlaku pada umat islam dalam bulan Mei
Futsal mengingati perjuangan di Palestin
15 Mei setiap tahun diperingatkan umat islam tentang bencana Nakba yang melanda umat islam di Palestin. Umat islam di usir seramai lebih 700,000 orang dari tanah air mereka untuk memberi laluan penubuhan negara haram Israel.
Jadi menjadi tanggungjawab umat islam di Malaysia meneruskan usaha kesedaran dan membantu pembebasan tanah air Palestin dan seterusnya Masjid Al Aqsa. Program program seperti futsal dapat digunakan sebagai platform untuk menyebarkan kesedaran ini.
![]() |
| aktiviti futsal di Best Bola Bola menarik dengan jumlah padang yang banyak dan kemudahan yang disediakan |
Riadah sebagai aktiviti merapatkan ukhuwwah
Riadah seperti futsal dan sukan sukan yang lain dapat digunakan oleh belia belia untuk merapatkan ukhuwwah, berkenalan dan juga berkumpul untuk menjayakan sesuatu aktiviti yang bermanafaat. Dewasa ini, masalah obesiti pula semakin membimbangkan. InsyaAllah dengan program program sebegini, belia dapat dikumpulkan untuk aktiviti aktivi berfaedah untuk kebaikan dunia dan akhirat.
![]() |
| Riadah bersama sebagai satu cara untuk merapatkan ukhuwwah |
InsyaAllah riadah sebegini akan diadakan dengan lebih kerap lagi pada masa hadapan.
![]() |
| air minuman disediakan ajk untuk para pemain futsal untuk menghilangkan dahaga |
Terima kasih kepada semua ajk ajk yang bertungkus lumus menjayakan aktiviti, dan juga belia belia yang hadir.
pautan:
http://www.alquran-melayu.com/103-al-asr/
http://www.aqsasyarif.org.my/2011/05/perutusan-sempena-konvoi-pembebasan-palestin/
Belia Tonggak Perubahan
PETALING JAYA – Bertemakan ‘Belia Tonggak Perubahan’, Ketua Unit Belia, Jawatankuasa Pemuda IKRAM Pusat, Norazmi Mat Noh menyeru agar reformasi dan pengupayaan belia secara sepenuhnya dilaksanakan bersempena Hari Belia 2011 yang disambut pada pada 15 Mei lalu.
“Segalanya wajar dimulakan daripada diri belia itu sendiri, seterusnya masyarakat, sektor swasta juga kerajaan,” katanya pada sesi bersama media di Hotel Singgahsana di sini.
Beliau turut mendedahkan bilangan belia yang layak mengundi seramai 7.9 juta orang, namun yang telah berdaftar hanya seramai 4.17 juta. Angka tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Dapat disimpulkan bahawa setengah daripada golongan tersebut tidak mengambil endah dan enggan terlibat dalam proses demokrasi, bermakna kerajaan yang dipilih bukanlah mendapat mandat sebenar rakyat kerana majoriti khususnya belia tidak melibatkan diri,” jelas beliau lagi.
Teruskan membaca di sini

Subscribe to:
Posts (Atom)