Tuesday, 17 May 2011

siri 2 futsal belia 13 Mei 2011


Alhamdulillah siri 2 futsal belia yang berlangsung pada 13 Mei 2011 ( Jumaat ) di Best Bola Bola Mak Mandin berlangsung dengan baik.

Peserta seramai anggaran 16 orang telah hadir memeriahkan futsal ini. Antara yang hadir dalam siri futsal kali ini ialah YDP IKRAM Pulau Pinang iaitu Ir Jamaluddin. Beliau turut membawa bersama anak anak remaja untuk menyertai futsal kali ini.

Perlawanan futsal

Futsal kali ini dimulakan dengan tazkirah mengenai masa. Surah yang selalu dikaitkan dengan masa ialah surah Al Asr. Didalam surah Al Asr terdapat seruan supaya kita berpesan pesan dengan kebenaran dan kesabaran.

[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


Masa juga telah membuktikan bahawa islam pernah gemilang apabila umat islam mengikut syariat Islam. Dan dengan ketentuan Allah juga Islam pasti bangkit semula. Para peserta diperingatkan untuk mengingati tentang peristiwa besar yang berlaku pada umat islam dalam bulan Mei

Futsal mengingati perjuangan di Palestin


15 Mei setiap tahun diperingatkan umat islam tentang bencana Nakba yang melanda umat islam di Palestin. Umat islam di usir seramai lebih 700,000 orang dari tanah air mereka untuk memberi laluan penubuhan negara haram Israel.

Jadi menjadi tanggungjawab umat islam di Malaysia meneruskan usaha kesedaran dan membantu pembebasan tanah air Palestin dan seterusnya Masjid Al Aqsa. Program program seperti futsal dapat digunakan sebagai platform untuk menyebarkan kesedaran ini.

aktiviti futsal di Best Bola Bola menarik
dengan jumlah padang  yang banyak dan kemudahan yang disediakan

Riadah sebagai aktiviti merapatkan ukhuwwah

Riadah seperti futsal dan sukan sukan yang lain dapat digunakan oleh belia belia untuk merapatkan ukhuwwah, berkenalan dan juga berkumpul untuk menjayakan sesuatu aktiviti yang bermanafaat. Dewasa ini, masalah obesiti pula semakin membimbangkan. InsyaAllah dengan program program sebegini, belia dapat dikumpulkan untuk aktiviti aktivi berfaedah untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Riadah bersama sebagai satu cara untuk merapatkan ukhuwwah

InsyaAllah riadah sebegini akan diadakan dengan lebih kerap lagi pada masa hadapan.

air minuman disediakan ajk untuk para pemain futsal untuk menghilangkan dahaga

Terima kasih kepada semua ajk ajk yang bertungkus lumus menjayakan aktiviti, dan juga belia belia yang hadir.

pautan:
http://www.alquran-melayu.com/103-al-asr/
http://www.aqsasyarif.org.my/2011/05/perutusan-sempena-konvoi-pembebasan-palestin/

No comments:

Post a Comment